My He@RT

Lilypie Fifth Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Monday, October 26, 2009

Selasa, 27/10/2009

pagi ni macam pagi2 yang biasa,., cuma aku terconfuse sikit dgn isnin,., ape ke tidaknya,., bangun pagi,., ahaksss my hubby ada kat katil,., hehe patutnya semalam dia dah gi site,., tp ntah macam mana, kena singgah head office laa, dah tu ade laa mcm2 hal dia tangguhkan g site,., kebetulan pulak, cuaca semlm mmg tak elok, thunderstorm,.,. jadi masa dpt call dari dia dlm tengah hari tu, dia bagitau dia tak jadi terus ke site, n balik rumah petang tu,., aku pun tersenyum senyum kambing,., ahaksss suka,., dpt spend more time dgn dia,., tp aku sengaja tak bagitau kat sha yang ayah dia balik petang tue,., surpriseee!!! hehe,.,.,

Bila sha bangun je dari tido siangnya,., dia sengih2 tengok ayah dia duduk kat sebelah dia,., sambil pegang akmal,., huhu akmal pun mulutnya dah mula bising sambil sengih2 tayang gusi yg sungguh menggoda tue,.,., lepas tengok 'deal or no deal at channel 7' aku pun siapkan laa dinner,., huhu lauk simple,., lauk kampung beb,., sawi masak air, ikan whiting goreng, sambal belacan cecah tempoyak (stock belacan n tempoyak dari Msia,., ), ikan tenggiri masin (stock dari Msia gak) hehe sape kata kat oz ni takder sambal belacan,., nak rasa meh laa singgah kui kui kui,.,

Malam ni kitaorg makan selera sekali,.,. hujan lebat pun belum berhenti lagi,., tup tup blackout,., nasib baikkkk laa hubby aku ada kat rumah,., almaklum aku ni tersangat 'berani' orangnya,., tengah syok2 nyalakan lilin, letrik ada balik,.,. Alhamdulillah,.,.,

Aku bukan ape,., lepas kejadian percubaan pecah rumah jiran sebelah rumah ni,., dahlaa tu pencuri tu lak dengan bijaksananya menggunakan frontyard aku lak tu,., siap bawa kerusi letak kat celah pokok bunga nak g rumah sebelah,., huiii aku nyer gerun tiap kali waktu maghrib ngalahkan gerun nk terjun sungai (aku mmg tak leh berenang),., dan sejak seminggu yg lalu jugaklah,., selagi tak jejak kul 3pg,., selagi tu jugaklah aku tak tido,., kadang2 aku terfikir gak,. ,kalau laa aku lembik sbb tak cukup tido,., bukan ke lagi senang pencuri tu nak kenakan aku,., urmm tp tip dr hubby aku,., jangan takut,., kalau ada org masuk rumah tu,., buat2 je tido nyenyak,., huhu betul gak,., biasanya org yg kena ni pasal nk cuba lawan,.,. alahaiii abang oii bukannya aper,., ila ni takut kalau jadi apa2 kat anak2 kita tue,.,.,

Apa2 pun,., lease rumah ni akan habis 22nd nov 2009, owner dah hantar offer sambung lease,., rasanya tidak laa cik non,., kalau kitaorg still stay kat brisbane nie,,., lebih rela ku berpindah ke tempat lain,., maybe lepas ni cari apartment laaa,.,.,lebih selamat rasanya,., huhu takpun pindah balik ke Perth,., itupun kalau project kat Perth tu menjadi,.,.,urmm penat sebenarnya nak pack2 barang nie,., TAPI lagi penat bila nak unpack semua barang2 tue,.,.

Wallahualam,.,,.

No comments:

Post a Comment